Kuala Lumpur, 18 Mac 2014 –
Sezairi - anak muda kelahiran dari negara jiran kita Singapura merupakan
juara Singapore Idol musim ketiga pada tahun 2009. Mewarisi bakat
daripada bapanya, seorang pemuzik, Sezairi pertama kali berjinak dengan
muzik pada usia hanya 5 tahun. Lagu pertama serta menjadi kegilaannya
sehingga kini adalah Isabella, sebuah lagu rock Melayu dipopularkan oleh
Search. Bagaikan cinta pandang pertama, bermulalah minat mendalamnya
mempelajari dan mencintai bidang muzik.
Pada
usia 14 tahun, Sezairi mencuba nasib dalam muzik secara serius dan
mendalam. Bermula dengan pembentukan sebuah kumpulan band – Juxtapose,
Sezairi merupakan vokal utama kumpulan itu. Di samping itu, Sezairi
berjinak jinak serta mengasah bakatnya dalam menghasilkan lagu serta
lirik ciptaannya sendiri.
“Saya
menyanyi di tempat dimana hampir semua penghibur lupa akan tempat itu,
iaitu dari hati yang ikhlas demi sebuah persembahan yang mampu mengukir
senyuman di muka manusia,” ujar Sezairi.
Pada
tahun 2013, Sezairi mengakhiri penantiannya dengan mengeluarkan single
terbarunya yang telah lama tertangguh diatas sebab-sebab yang tidak
mampu dielakkan yang berjudul Sayang pada hari jadinya iatu 6 Ogos 2013.
Single itu telah dimainkan di seluruh radio tempatan Singapura,
Sayang
melambangkan keupayaan Sezairi menulis, serta menghasilkan single
ciptaannya sendiri yang mesra dengan halwa telinga peminat muzik
tempatan mahupun antarabangsa. Kini, beliau dalam rangka menghasilkan
album baru, giat menghasilkan karya – karya bermutu serta berkolaborasi
bersama – sama artis-artis lain demi berkongsi pengalaman perjalanannya
sebagai anak seni sepanjang tahun.
Kini
Sayang telah berjaya diputarkan di corong – corong radio di Malaysia.
Mungkin kelunakan vokal Sezairi telah menarik perhatian
pendengar-pendengar Malaysia dengan daya tarikan menarik serta suaranya
yang mirip idolanya ‘Bruno Mars’. Penyanyi serta penulis lirik serba
boleh ini kini berada di bawah naungan syarikat rakaman antarabangsa –
Sony Music Entertainment Malaysia & Singapura.
Para
peminat boleh mengikuti perjalanan Sezairi di laman sosialnya –
Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan Tumblr. Taip saja Sezairi,
disitu telah dimuatkan segala catatan perkembangan Sezairi sejak menjadi
seorang anak seni.
Tidak ada komentar: